11:00 PM Edit This
AKIBAT MEROKOK
Bagaimana merokok mendatangkan kesan ke atas tubuh badan anda?
* Mempunyai kedua-dua kesan jangka pendek dan jangka panjang
* Bahan-bahan kimia yang dibebaskan daripada rokok boleh merosakkan beberapa
organ dalam tubuh badan kita
Apakah kesan-kesan jangka pendek?
Otak
Pembebasan gas karbon monoksida dan pengurangan oksigen menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya
Telinga
Mengurangkan kadar pengaliran darah boleh menyebabkan pekak
Mata
Mata berair, radang mata yang boleh mengganggu daya penglihatan
Mulut
Mengalami deria rasa yang tidak sedap pada bibir,lidah dan tekak
Nafas berbau dan mendapat jangkitan mulut
Gigi menjadi kuning
Hidung
Mengurangkan deria bau
Kulit
Mengurangkan suhu badan, kulit muka cepat berkedut
Paru-paru
Kesukaran untuk bernafas dan mengurangkan tenaga untuk bersukan
Apakah kesan-kesan jangka panjang?
* Barah (cth. paru-paru, payudara, mulut, tekak, dan usus)
* Penyakit Jantung
* Angin Ahmar / Strok
* Penyakit paru-paru (cth. Penyakit lelah, bronkitis)
* Penyakit mulut dan gusi
* Ulser (perut, peptic)
* Osteoporosis
* Kemandulan (tidak boleh hamil)
* Kurang bernafsu dalam perhubungan seks
* Mati pucuk
Adakah anda bercadang berhenti merokok???Jadi mari lah ke sini..
Mungkin ia dapat memeberi semangat dan terus berjuang menjauhi rokok
klik sini :